Merancang untuk bina rumah di Tanah Merah, Kelantan? Direct Estate Ventures melalui TMDirect membantu pemilik tanah dan bakal pemilik rumah merancang pembinaan dari peringkat awal sehingga rumah disiapkan mengikut skop yang dipersetujui.
Perkhidmatan Bina Rumah di Tanah Merah
- Perbincangan keperluan, bajet dan saiz rumah.
- Pemilihan reka bentuk serta pelan rumah yang sesuai.
- Penyediaan anggaran awal, quotation dan BOQ.
- Koordinasi pelan, kelulusan dan persediaan tapak.
- Kerja pembinaan serta pemantauan kemajuan projek.
- Kerja pembaikan, ubah suai dan penyelenggaraan terpilih.
Pilihan Reka Bentuk Rumah
TMDirect sedang membangunkan pilihan rumah sekitar 731 kps, 1,004 kps, 1,201 kps dan 1,500 kps. Reka bentuk, spesifikasi dan harga akhir bergantung pada pelan, keadaan tanah, lokasi, bahan binaan serta skop kerja sebenar.
Proses Membina Rumah
- Konsultasi awal: semak tanah, bajet, keperluan ruang dan kaedah pembiayaan.
- Pelan dan anggaran: pilih reka bentuk, spesifikasi serta sediakan anggaran kos.
- Kelulusan: urus dokumen berkaitan dan tunggu kelulusan pihak berkuasa sebelum kerja utama bermula.
- Pembinaan: kerja dilaksanakan mengikut peringkat dan jadual projek.
- Pemeriksaan dan serahan: semak kerja sebelum penyerahan rumah.
Projek Semasa
Banglo setingkat 731 kps – Jalan Bukit Tebu, Manal 1, Tanah Merah
Projek ini berada dalam proses kelulusan berkaitan sebelum pembinaan dan tuntutan kemajuan dilaksanakan mengikut aturan pembiayaan.
Dapatkan Anggaran Awal
Untuk perbincangan awal, sediakan lokasi tanah, salinan geran jika ada, saiz rumah yang dikehendaki, bilangan bilik, anggaran bajet serta contoh reka bentuk pilihan. Maklumat ini membantu kami memberi cadangan yang lebih tepat.
Soalan Lazim
Berapakah kos bina rumah di Tanah Merah?
Kos bergantung pada keluasan, reka bentuk, spesifikasi bahan, keadaan tapak dan skop kerja. Anggaran yang lebih tepat memerlukan semakan pelan dan tapak.
Boleh bina rumah atas tanah sendiri?
Ya, tertakluk pada status tanah, akses, kesesuaian tapak, pelan dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.
Direct Estate Ventures
Reg: 003821891-X
TMDirect – Hartanah, Pembinaan, Repair & Renovation di Tanah Merah.